Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 61) 2

Posted on July 6, 2012

0


Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 61)

 

Benarkah Kamal Hisham Bawa Lari RM60 Juta Ke Luar Negara?

Kamal Hisham Jaafar

 

Salam, Kamal Hisham,

Aku dah publish jawapan kau dalam Part 60 dan aku yakin 300% kau baca. Kau mesti happy kan?

Bermula Part 61 hingga Part 65, aku nak kau sendiri yang tulis semua pengalaman kau bersama kerabat negeri Johor.

Berkata benarlah walaupun pahit. Allah sentiasa bersama orang yang benar. Manusia merancang tetapi Tuhan adalah sebaik perancang.

Aku nak kau berterus terang pada semua para pembaca,

Adakah kau bawa lari duit RM60 juta dalam Part 61

Aku beri kau masa 1 jam untuk jawab balik email ini kalau kau ada telur!

Uncleseekers
Seek The Truth

FULAWEI…
Tepat 1 Jam Kamal Jawab Balik Soalan Aku! 
Tabik Spring Sama Lu Beb…

 

Tuduhan kononnya saya bawa lari duit 60 Juta adalah fitnah semata-mata. Ini dibuat kerana hendak mengkaburi ahli keluarganya sendiri dan orang ramai supaya mengalihkan fokus kepada sikap tamaknya sendiri. Tiada laporan Polis pernah dibuat tentang kehilangan wang sebanyak 60 Juta, jawapannya mudah sahaja sebab tiada wang yang hilang.

Saya berjaya menyelamatkan wang tersebut dan memindahkan wang tersebut dari akaun di Standard Chartered, Hong Kong ke akaun Amanah Raya (dokumen ini saya lampirkan sebagai bukti yang nyata ). Jadi isu tersebut tidak sepatutnya timbul dan tidak sepatutnya dijadikan modal temberang keluarga ini bila berjumpa rakyat ataupun pegawai-pegawai kerajaan apabila timbul isu saya di dalam perbualan mereka.

Saya sebenarnya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada keluarga ini jika terus membuat cerita bohong dan fitnah tanpa mengira pangkatnya. Saya bukan takut tetapi tidak mahu membesarkan isu konflik pribadi saya dan Sultan Johor.

Sebelum Uncleseekers paparkan email saya dikeluaran ke Bahagian ke 60, saya tidak pernah berhubung dengannya walaupun berbagai tuduhan kononnya saya mengupah atau bersekongkol dengan Uncleseekers.

Sangka buruk dan orang sekeliling yang berhati hasad dengki yang penuh iri hati terlalu banyak sekeliling Sultan Johor. Sultan Johor patut belajar dari sejarah bagaimana Kejatuhan Kerajaan Empayar Melayu Melaka.

Terima kasih kerana Uncleseekers memberi peluang saya membuat penjelasan terhadap isu ini. Saya cuma ambil sedikit kesempatan hendak menambah bahawa tahap kesabaran saya masih tinggi, jangan sampai saya hilang sabar dan dedahkan terlalu banyak perkara yang mungkin mengejutkan kepada negara jika tekanan-tekanan terus dibuat ke atas saya. Sekian wassalam

 

 

 

 

 

Komen aku…
Kenapa cicak mengkarung, yang maha halia, hang mokhtar dan lain-lain masih tak jawab soalan-soalan aku?Ermmphh…

Posted in: Sultan Johor